Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Selamat menyambut awal Muharram 1433 H kepada semua Umat Islam walau di mana anda berada..
perbetulkan niat dan perbaharui azam kita, semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta rahmat dari ALLAH SWT..amin..

Monday 14 November 2011

Langkah-Langkah Pencegahan Kecurian Motosikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Semalam ada seorang polis wanita dari Balai Polis Batu Kurau datang ke kedai kak long dan tinggalkan brochure ni untuk kak long bagi pada para pelanggan kak long..kak long rasa elok dikongsi dengan rakan-rakan semua sebagai panduan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada kita..beringat sebelum kena..

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha




kak long ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha" kepada seluruh umat Islam..
Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT..


Kesibukan Di Akhir Bulan Oktober

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Lama jugak rasanya kak long tak bukak blog kak long & ziarah blog kawan2 yang lain..tersangat la sibuk kak long ni kat kedai komputer melayan pelanggan yang datang..kak long baru sudah taip & cetak 115 keping sijil..jumlah yang sangat banyak kak long pernah taip..ada lagi 5 keping sijil tak siap lagi sebab tulisan tak jelas, no. kp sama & ada yang takde no. kp..

26-28hb Oktober baru2 ni, kak long, keluarga & En. Tunang ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Konvokesyen adik kak long yang no. 3 di UiTM Shah Alam

29hb bukak kedai macam biasa, ramai yang hantar netbook, laptop & cpu untuk En. Tunang repair,
alhamdulillah ada rezeki kami tapi kesian kat En. Tunang, bertungkus-lumus siapkan sorang2..kak long tak pandai repair, hanya mampu tengok & teman dia buat keje...hehe

30hb kak long & En. Tunang tutup kedai sebab ikut rombongan kawan kami nak akad nikah di Kg. Selamat, Bukit Merah..setelah selesai majlis, kak long & En. Tunang ke Kg. Repoh, Batu Kurau menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah kami..

Begitulah serba sedikit aktiviti yang menyebabkan kak long sibuk & tak dapat bukak blog...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...