Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Selamat menyambut awal Muharram 1433 H kepada semua Umat Islam walau di mana anda berada..
perbetulkan niat dan perbaharui azam kita, semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta rahmat dari ALLAH SWT..amin..

Monday 14 November 2011

Langkah-Langkah Pencegahan Kecurian Motosikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Semalam ada seorang polis wanita dari Balai Polis Batu Kurau datang ke kedai kak long dan tinggalkan brochure ni untuk kak long bagi pada para pelanggan kak long..kak long rasa elok dikongsi dengan rakan-rakan semua sebagai panduan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada kita..beringat sebelum kena..

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha




kak long ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha" kepada seluruh umat Islam..
Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT..


Kesibukan Di Akhir Bulan Oktober

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Lama jugak rasanya kak long tak bukak blog kak long & ziarah blog kawan2 yang lain..tersangat la sibuk kak long ni kat kedai komputer melayan pelanggan yang datang..kak long baru sudah taip & cetak 115 keping sijil..jumlah yang sangat banyak kak long pernah taip..ada lagi 5 keping sijil tak siap lagi sebab tulisan tak jelas, no. kp sama & ada yang takde no. kp..

26-28hb Oktober baru2 ni, kak long, keluarga & En. Tunang ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Konvokesyen adik kak long yang no. 3 di UiTM Shah Alam

29hb bukak kedai macam biasa, ramai yang hantar netbook, laptop & cpu untuk En. Tunang repair,
alhamdulillah ada rezeki kami tapi kesian kat En. Tunang, bertungkus-lumus siapkan sorang2..kak long tak pandai repair, hanya mampu tengok & teman dia buat keje...hehe

30hb kak long & En. Tunang tutup kedai sebab ikut rombongan kawan kami nak akad nikah di Kg. Selamat, Bukit Merah..setelah selesai majlis, kak long & En. Tunang ke Kg. Repoh, Batu Kurau menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah kami..

Begitulah serba sedikit aktiviti yang menyebabkan kak long sibuk & tak dapat bukak blog...






Friday 14 October 2011

Tip Kempiskan Perut bah.3

Petua Lama:

 * Bancuh segelas teh tanpa gula, perahkan sebiji limau nipis ke dalam gelas tadi. Amalkan minum aitr tersebut setiap hari.

 * GIlingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan pada perut setiap hari sebelum tidur.


Cara Moden

* Senaman latih tubi di rumah. Lakukan sebelum tidur. Memadai sekadar 1-15 kiraan setiap hari.

 * Lakukan kerja rumah seperti membersihkan rumah, mengemas bilik tidur atau melakukan aktiviti mengangkat beban ketika menonton televisyen. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang terkumpul pada perut kita.

Tip Kempiskan Perut bah.2

Tip ini diambil daripada buku "The Flat Belly Diet" hasil karya Liz Vaccariello & Cynthia Sass

1. Mengambil makanan dengan jumlah sebanyak 4 hidangan yang mempunyai nilai 400 kalori setiap hari.

2.Jangan biarkan perut kita kosong lebih daripada 4 jam.
3. Ambil makanan yang mengandungi lemak tak tepu dalam hidangan kita. Contohnya, makanan seperti kekacang, sayuran berlemak, minyak kacang, minyak zaitun, minyak jagung dan sebagainya.


4. Ketika kita mengalami tekanan, secara tidak langsung,
badan kita akan menghasilkan hormon kortisol yang menjurus kepada penimbunan lemak di perut.
Oleh itu, cuba selesaikan masalah atau tekanan agar kita 
dapat melakukan program kempiskan perut dengan berkesan.

5. Jalinkan hubungan dan cari teman sebanyak yang mungkin untuk kita berkongsi dan berbincang bagi mendapatkan informasi yang bersesuaian denagn masalah kita.


6. Biasakan diri kita untuk mencatat atau mengingati apa sahaja yang kita makan dan jumlah makanan yang diambil.

 

Tip Kempiskan Perut bah.1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Hari ni kak long nak kongsi dengan semua tentang tip kempiskan perut yang kak long baca di majalah rapi.

1. Jangan Berlapar  
  Kebiasaannya kita akan makan dengan banyak setelah kita menahan lapar. 
Makanan memberi kita tenaga  dan bila kita kurang guna tenaga daripada apa yang kita ambil, tubuh akan mengalami kejutan seterusnya menyebabkan kadar metabolisme badan menjadi rendah. 
Malah, ia tidak membantu dalam membakar kalori tetapi menjurus kepada perut buncit.

2. Makanan Pahit
Sebelum kita makan, ambillah sesuatu yang pahit seperti minum kopi atau berkumur sekejap.
Cara ini boleh menyebabkan tekak kita rasa pahit dan menggalakkan rembesan enzim serta asid HCL melalui isyarat otak. Kekurangan enzim dan HCL dalam perut boleh melambatkan penghadaman.

 3. Minum Air
Minum air sebanyak 8 gelas sehari. Ia membantu metabolisme dan penyimpanan lemak dalam badan. 
Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

4. Elak Minuman Bergas
Minuman bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan.

5. Kurang Garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. 
Jadi, mengurangkan pengambilan garam membantu mengurangkan air dalam badan.

6. Sarapan Pagi
Mengikut kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk
berbanding mereka yang mengambil sarapan.
Dengan sarapan pagi, ia membantu menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah.
Selain itu, pengambilan yogurt rendah lemak ketika sarapan 
juga dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

7. Makan & Kunyah Perlahan-lahan
 Nikmatilah makanan secara perlahan-lahan. 
Bila kita makan secara perlahan-lahan, badan kita akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dan mengunyah dalam jumlah yang kecil dapat memudahkan penghadaman.
Kita boleh makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

8. Hadkan Makanan
Jika ingin ambil makanan ringan atau snek yang menjurus kepada penimbunan lemak di perut,
kita patut berus gigi atau mengunyah gula-gula getah.
Secara tidak langsung, ia dapat membantutkan selera kita.
Kurangkan juga pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan kita.

9. Minuman Masam
Apabila kita berada di restoran atau gerai makanan, 
pesanlah minuman limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak.

10. Sumber Vitamin
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
Begitu juga dengan penambahan lada hitam dalam membantu penghadaman 
dan meningkatkan pembakaran lemak.

 11. Pengambilan Bijirin
Bijirin adalah sumber utama tenaga.
Ia mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan lemak yang sedikit.

 12. Berjalan-jalan
Selepas makan, cubalah berjalan-jalan untuk membantu menghilangkan sebahagian kalori.
Contohnya, setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori telah digunakan.
Lakukan secara santai kerana perut anda baru sahaja diisi.

13.Senaman
Lakukan gerakan punggung yang ringan tetapi lama dan lebih efektif.
Latihan lain yang menggunakan peralatan seperti 'hula hoop' 
mampu menjadikan perut anda lebih kecil dan cantik.

14. Aktiviti Fizikal
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah ialah menaiki tangga, 
berjalan cepat, berenang, berbasikal dan membuat regangan.


Sumber : Majalah Rapi Bil. 137 (1 April 2010)

Wednesday 12 October 2011

Kekasih - Devotees

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Kejap je dah hari khamis kan..bagi yang bersekolah & bekerja tu, mesti tak sabar nak tunggu hari Jumaat kan sebab lepas tu cuti Sabtu & Ahad..kak long je yang keje hari-hari tapi tak pe, kak long suka

Hari ni kak long nak kongsi lagu lagi..sedap didengar..

Video lagu ni dari cite Pixar Up..best cite ni..kak long dah tengok...

 

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu






Tuesday 11 October 2011

Doa Mengelak Dirogol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Kak long nak kongsi dengan semua tentang doa mengelak dirogol yang kak long baca di blog josrevalution
terima kasih ye JR sebab bagi kak long copy & paste kat sini

Doa mengelak dirogol untuk diri sendiri

maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Doa mengelakkan anak dari dirogol



maksudnya : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Sebar-sebarkan ye....

Saturday 8 October 2011

Hatimu Milikku - Nera AF9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Selamat berhujung minggu
kak long je yang keje hujung-hujung minggu ni
tapi tak pe, kak long suke

Jom kita dengar lagu ni
kak long suka sangat dengar
adik kak long la yang mula-mula bukak lagu ni, terus kak long jatuh hati dan dengar setiap hari
kesian kat En. Tunang kak long, jemu dia dengar lagu ni hari-hari..hehe
tapi tunang kak long kata dia tak kisah
terima kasih memahami tunangmu ini



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu

Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau

Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]


Bagai bahtera yang dilanda badai

Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]


Aku coretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Thursday 6 October 2011

Adik-Beradik Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari...

Pagi ni kak long bukak kedai macam biasalah pukul 9.00 pagi..lepas tu datang la seorang pelanggan nak mintak kak long buat surat...dah siap surat, dia nak bayar, masa tu En. Tunang kak long pun baru masuk kedai, terus pelanggan tu tanya, adik-beradik ke?

Tunang kak long pun jawab, tak lah, ni tunang saya..terus kak tu mintak maaf, dia kata muka sama, ingat adik-beradik...kak long senyum je sebab kak long suka kalau ada yang tegur muka kami sama kerana orang kata kalau muka ada iras, jodoh kuat..wallahhualam..semoga jodoh kami kuat..

tapi sebelum kak tu, dah ada la sorang dua tanya kami ni adik-beradik ke..mungkin orang lain bila dia pandang kami, dia nampak macam adik-beradik kot..tapi tak pe, kak long tak marah, suka lagi ada...hehe

saje kak long nak kongsi kat sini...terima kasih sudi baca...

sama tak muka kami



Wednesday 5 October 2011

Doa Selepas Berwuduk

Ramai yang dah tahu tentang fadhilat membaca doa selepas berwuduk tapi kak long hanya hendak berkongsi ilmu yang kak long baca di gedung ilmu dan sebagai peringatan kepada diri kak long sendiri ...

Melalui pembacaan kak long di gedung ilmu , selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat.. Doa selepas wuduk dan terjemahan doa ada di bawah

 

Terjemahan doa :
"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."

Menurut gedung ilmu sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.

Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya.

Ini lagi satu info yang berkaitan dengan wuduk yang kak long baca di blog tunang kak long..tunang kak long telah mengajukan satu pertanyaan kepada Prof Dr Hj Shahrin Abd Rahman berkenaan bagaimana nak buat jika kita sering lupa rakaat sewaktu sedang solat.

Menurut beliau, ia menunjukkan kita tidak ada penumpuan dalam solat, jadi sebelum mengambil wudhu, mengucap dahulu dua kalimah syahadat, semasa mengambil wudhu' gunakan air yang kecil saja untuk mengelakkan pembaziran ( salah satu sebab kita tak boleh tumpu pada solat kita).

Sewaktu mengambil wudhu', ingat satu persatu anggota yang kita basuh, jangan lalai, buat dengan sempurna dan jangan hanya nak melepaskan perkara wajib, lepas wudhu' bacalah doa selepas wudhu' , jika ada masa lebih lakukan solat wudhu' 2 rakaat kalau tak sempat jangan bercakap selepas ambil wudhu'..diam dan tumpuan hanya pada nak solat.

Sewaktu berada di tempat nak solat bacalah surah An Nas sekali, mohonlah perlindungan Allah dari syaitan, sewaktu solat baca kuat bacaan doa Iftitah, Al-Fatihah, surah agar terdengar pada telinga kita, biar telinga kita dengar satu persatu bacaan kita, begitulah seterusnya rukuk, sujud dan lain-lain, perhatikan satu persatu insyaAllah takkan terlupa rakaat yang kita buat..

Sebar-sebarkan... 

Lagu Berdua Bersatu Kump. Forteen

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Lama jugak kak long tak update blog kan, agak sibuk sikit..terima kasih Abang Khairul kerana perasan yang kak long lama tak update, prihatin abang khairul dengan kawan2 bloggernye ni...

Hari ni kak long nak kongsi video lagu BERDUA BERSATU dari kumpulan baru FORTEEN..

Mungkin ramai yang dah dengar & tahu tentang lagu kumpulan ni tapi saje kak long nak upload kat blog kak long ni..

Semoga terhibur...



Lirik :

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

 Best jugak lagu ni..kak long ingat KRU yang nyanyi rupanya kumpulan baru "Forteen" tapi lagu ni memang KRU yang buat kalau tak salah kak long...

Friday 23 September 2011

Seni Yang Mengagumkan bah. 4

Seolah-olah burung ni tinggal dalam pokok
unik kan





Seni Yang Mengagumkan bah. 3









macam tak percaya kan..dari sebatang pokok, boleh menghasilkan pelbagai jenis haiwan

Seni Yang Mengagumkan bah. 2







nampak hidup kan ukiran ni..memang berbakat besar..

Seni Yang Mengagumkan bah. 1

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua

Semua insan di dunia ni dilahirkan dengan bakat dan kebolehan masing2 kan...bakat dalam melukis, menyanyi, berlakon, bersukan, berdebat dan macam2 lagi..mari kita saksikan bakat seorang pengukir kayu ni..dari sebatang pokok, dia dapat hasilkan pelbagai ukiran haiwan dengan menggunakan gergaji rantai atau chainsaw ..sangat unik dan cantik...

Sebatang pokok yang besar

Diukir menjadi haiwan

Menggunakan gergaji rantai atau chainsaw

Ukiran yang cantik

Diukir terus tanpa perlu melakar terlebih dahulu






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...