Friday, 14 October 2011

Tip Kempiskan Perut bah.1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Hari ni kak long nak kongsi dengan semua tentang tip kempiskan perut yang kak long baca di majalah rapi.

1. Jangan Berlapar  
  Kebiasaannya kita akan makan dengan banyak setelah kita menahan lapar. 
Makanan memberi kita tenaga  dan bila kita kurang guna tenaga daripada apa yang kita ambil, tubuh akan mengalami kejutan seterusnya menyebabkan kadar metabolisme badan menjadi rendah. 
Malah, ia tidak membantu dalam membakar kalori tetapi menjurus kepada perut buncit.

2. Makanan Pahit
Sebelum kita makan, ambillah sesuatu yang pahit seperti minum kopi atau berkumur sekejap.
Cara ini boleh menyebabkan tekak kita rasa pahit dan menggalakkan rembesan enzim serta asid HCL melalui isyarat otak. Kekurangan enzim dan HCL dalam perut boleh melambatkan penghadaman.

 3. Minum Air
Minum air sebanyak 8 gelas sehari. Ia membantu metabolisme dan penyimpanan lemak dalam badan. 
Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

4. Elak Minuman Bergas
Minuman bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan.

5. Kurang Garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. 
Jadi, mengurangkan pengambilan garam membantu mengurangkan air dalam badan.

6. Sarapan Pagi
Mengikut kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk
berbanding mereka yang mengambil sarapan.
Dengan sarapan pagi, ia membantu menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah.
Selain itu, pengambilan yogurt rendah lemak ketika sarapan 
juga dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

7. Makan & Kunyah Perlahan-lahan
 Nikmatilah makanan secara perlahan-lahan. 
Bila kita makan secara perlahan-lahan, badan kita akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dan mengunyah dalam jumlah yang kecil dapat memudahkan penghadaman.
Kita boleh makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

8. Hadkan Makanan
Jika ingin ambil makanan ringan atau snek yang menjurus kepada penimbunan lemak di perut,
kita patut berus gigi atau mengunyah gula-gula getah.
Secara tidak langsung, ia dapat membantutkan selera kita.
Kurangkan juga pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan kita.

9. Minuman Masam
Apabila kita berada di restoran atau gerai makanan, 
pesanlah minuman limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak.

10. Sumber Vitamin
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
Begitu juga dengan penambahan lada hitam dalam membantu penghadaman 
dan meningkatkan pembakaran lemak.

 11. Pengambilan Bijirin
Bijirin adalah sumber utama tenaga.
Ia mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan lemak yang sedikit.

 12. Berjalan-jalan
Selepas makan, cubalah berjalan-jalan untuk membantu menghilangkan sebahagian kalori.
Contohnya, setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori telah digunakan.
Lakukan secara santai kerana perut anda baru sahaja diisi.

13.Senaman
Lakukan gerakan punggung yang ringan tetapi lama dan lebih efektif.
Latihan lain yang menggunakan peralatan seperti 'hula hoop' 
mampu menjadikan perut anda lebih kecil dan cantik.

14. Aktiviti Fizikal
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah ialah menaiki tangga, 
berjalan cepat, berenang, berbasikal dan membuat regangan.


Sumber : Majalah Rapi Bil. 137 (1 April 2010)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...