Melalui pembacaan kak long di gedung ilmu , selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat.. Doa selepas wuduk dan terjemahan doa ada di bawah
Terjemahan doa :
"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."
Menurut gedung ilmu sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.
Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya.
Ini lagi satu info yang berkaitan dengan wuduk yang kak long baca di blog tunang kak long..tunang kak long telah mengajukan satu pertanyaan kepada Prof Dr Hj Shahrin Abd Rahman berkenaan bagaimana nak buat jika kita sering lupa rakaat sewaktu sedang solat.
Menurut beliau, ia menunjukkan kita tidak ada penumpuan dalam solat, jadi sebelum mengambil wudhu, mengucap dahulu dua kalimah syahadat, semasa mengambil wudhu' gunakan air yang kecil saja untuk mengelakkan pembaziran ( salah satu sebab kita tak boleh tumpu pada solat kita).
Sewaktu mengambil wudhu', ingat satu persatu anggota yang kita basuh, jangan lalai, buat dengan sempurna dan jangan hanya nak melepaskan perkara wajib, lepas wudhu' bacalah doa selepas wudhu' , jika ada masa lebih lakukan solat wudhu' 2 rakaat kalau tak sempat jangan bercakap selepas ambil wudhu'..diam dan tumpuan hanya pada nak solat.
Sewaktu berada di tempat nak solat bacalah surah An Nas sekali, mohonlah perlindungan Allah dari syaitan, sewaktu solat baca kuat bacaan doa Iftitah, Al-Fatihah, surah agar terdengar pada telinga kita, biar telinga kita dengar satu persatu bacaan kita, begitulah seterusnya rukuk, sujud dan lain-lain, perhatikan satu persatu insyaAllah takkan terlupa rakaat yang kita buat..
Sebar-sebarkan...
3 comments:
nuce info sharing kak:-)
nick dot anis : terima kasih anis..kak pun ambil info ni dari gedung ilmu dan blog tunang akak (^_^)
mintak izin copy n post di page fb n blog sy . :)
Post a Comment