Friday, 14 October 2011

Tip Kempiskan Perut bah.2

Tip ini diambil daripada buku "The Flat Belly Diet" hasil karya Liz Vaccariello & Cynthia Sass

1. Mengambil makanan dengan jumlah sebanyak 4 hidangan yang mempunyai nilai 400 kalori setiap hari.

2.Jangan biarkan perut kita kosong lebih daripada 4 jam.
3. Ambil makanan yang mengandungi lemak tak tepu dalam hidangan kita. Contohnya, makanan seperti kekacang, sayuran berlemak, minyak kacang, minyak zaitun, minyak jagung dan sebagainya.


4. Ketika kita mengalami tekanan, secara tidak langsung,
badan kita akan menghasilkan hormon kortisol yang menjurus kepada penimbunan lemak di perut.
Oleh itu, cuba selesaikan masalah atau tekanan agar kita 
dapat melakukan program kempiskan perut dengan berkesan.

5. Jalinkan hubungan dan cari teman sebanyak yang mungkin untuk kita berkongsi dan berbincang bagi mendapatkan informasi yang bersesuaian denagn masalah kita.


6. Biasakan diri kita untuk mencatat atau mengingati apa sahaja yang kita makan dan jumlah makanan yang diambil.

 

2 comments:

~Beb~ said...

adohhh k.long, sy ni bole lagi ke ni??? spare tyre mcm tyre lori dah ni..

Kak Long said...

cuba dulu..mn nk tau boleh (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...