Sunday 11 September 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Mesti semua dah tahu dan pernah baca entry potong kuku ikut Sunnah Nabi ni kan...kak long cuma nak berkongsi dengan semua dan mengingatkan diri kak long sendiri tentang cara potong kuku yang betul mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW..

kak long dapat entry ni pun dari http://ohislam.com/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi/ , jadi kalau kawan2 semua nak tahu dengan lebih lanjut tentang entry ini, bolehlah klik di link yang kak long letak ni ye..

di bawah ni adalah ilustrasi susunan atau tertib memotong kuku yang mengikut Sunnah Nabi..kak long selalu terlupa, harap lepas ni kak long akan ingat selalu.. 


 kita dah tahu tertib nak potong kuku tapi hari apa yang disunatkan untuk memotong kuku?kak long jumpa entry hari yang disunatkan untuk potong kuku di http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/06/11/potong-kuku-cara-islam-sunnah/ ...kawan2 boleh klik link ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut ye...

RASULULLAH S.A.W. bersabda yang ertinya :-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

Hari Sabtu    : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad     : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin      : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa   : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu     : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat  : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya  rahmat daripada Allah Taala.

kesimpulannya, potonglah kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat dan elakkan memotong kuku pada hari Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad..jadi, bila kita dah tahu ni, seeloknya kita praktikkan sebab kita bukan aje dapat pahala dengan mengikut Sunnah Nabi tapi kita juga dapat manfaat darinya untuk diri sendiri.sebar-sebarkan..



4 comments:

Zawawi Japilos said...

Nice info terima kasih berkongsi di sini, moga menjadi panduan dan rujukan pada rakan-rakan blogger

Tolong support saya

Kak Long said...

sama-sama kasih..terima kasih sudi baca (^_^)

.::: mr IQ :::. said...

hadis tu sahih ke? riwayat siapa?

Kak Long said...

mr IQ : Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. (kak long dapat kata2 ni dr blog http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/06/11/potong-kuku-cara-islam-sunnah/
wallahhualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...