AZ IT CENTRE
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni kak long nak tunjuk tempat keje kak long..kak long keje biase2 je..kak long keje kat cyber cafe tunang 'Az It Centre'..kat atas tu lah cyber cafe tunang kak long..cyber cafe ni terletak di pekan batu kurau, perak..
Kat atas tu pemandangan dalam cyber cafe Az It Centre ni..kecik je kan..ada 14 pc pada asalnya tapi disebabkan banyak yang rosak dan masih belum sempat dibaiki oleh tunang kak long, jadi tinggal la 11 pc je..kami masih menggunakan monitor jenis lama sebab takde modal lagi nak beli monitor LCD tapi insyaALLAH, ada modal nanti, kami akan tukar semua monitor lama ni ke monitor LCD..doa2kanlah ye kami murah rezeki..selain menawarkan perkhidmatan internet, kami turut menjual serba sedikit barangan komputer seperti pendrive, speaker, mouse, keyboard, mouse pad, cd & dvd kosong..nak burn cd & dvd serta cuci gambar pun boleh kat sini..
Ni la meja kak long..penuh dangan barang kan..makanan macam keropok, apollo, gula2 dan air kotak pun ada jual kat sini..semua ni demi memenuhi permintaan pelanggan yang dihormati..yang baju purple tu adik kak long...ok lah, setakat ni je yang dapat kak long kongsi tentang tempat keje kak long..kalau ada sesiapa yang lalu kat kawasan pekan batu kurau ni dan memerlukan perkhidmatan internet dan seumpamanya, jemput la singgah ke cyber cafe Az It Centre ni ye, insyaALLAH kak long dan tunang akan berikan layanan yang terbaik..
No comments:
Post a Comment