Friday 23 September 2011

Seni Yang Mengagumkan bah. 4

Seolah-olah burung ni tinggal dalam pokok
unik kan





Seni Yang Mengagumkan bah. 3









macam tak percaya kan..dari sebatang pokok, boleh menghasilkan pelbagai jenis haiwan

Seni Yang Mengagumkan bah. 2







nampak hidup kan ukiran ni..memang berbakat besar..

Seni Yang Mengagumkan bah. 1

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua

Semua insan di dunia ni dilahirkan dengan bakat dan kebolehan masing2 kan...bakat dalam melukis, menyanyi, berlakon, bersukan, berdebat dan macam2 lagi..mari kita saksikan bakat seorang pengukir kayu ni..dari sebatang pokok, dia dapat hasilkan pelbagai ukiran haiwan dengan menggunakan gergaji rantai atau chainsaw ..sangat unik dan cantik...

Sebatang pokok yang besar

Diukir menjadi haiwan

Menggunakan gergaji rantai atau chainsaw

Ukiran yang cantik

Diukir terus tanpa perlu melakar terlebih dahulu






Thursday 22 September 2011

Trend Bergambar Masa Kini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Baru2 ni kak long ada baca dalam surat khabar kosmo kalau tak silap kak long, isu tentang trend terbaru bergambar dalam tandas di luar negara..hai, dalam banyak2 tempat yang cantik,menarik dan bersih, dalam tandas jugak diorang ni nak bergambar ye..

kalau setakat bergambar di depan cermin tandas, x pe la jugak tapi ni dalam mangkuk tandas..tak jijik ke..kak long tengok pun rasa geli..

sikit lagi muka tu nak masuk dalam mangkuk tandas

ni memang dah masuk dalam mangkuk tandas
tak busuk ke

yang ni memang over, kepala x nampak langsung

Tuesday 20 September 2011

Tengok Wayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Malam semalam, kak long, tunang & adik2 kak long pergi menonton wayang cerita Raya Tak Jadi...
Memang best dan kelakar cerita ni, kami semua asyik gelak je sepanjang tayangan filem ni..
Gandingan Saiful Apek dan Johan memang serasi dan menjadi..


Tahniah dan syabas kepada pengarah, penulis skrip, penerbit, krew2 dan pelakon2nya..
Filem yang amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga...

Ramai juga yang datang menonton bersama keluarga dan semuanya menunjukkan muka berpuas hati sampaikan masa penjaga wayang buka pintu keluar menandakan saat2 terakhir filem nak tamat, semua penonton yang ada dalam panggung termasuk kami tidak bangun untuk beredar tapi menunggu kalau2 ada lagi jalan ceritanya...

Tiket "Raya Tak Jadi"

Kak long & adik tengah beratur nak beli popcorn

adik2 Kak long (Danial & Nadia)

Kak long dan tunang

Perkahwinan Rahaya & Hussairi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Pada 17hb September 2011 baru2 ni, kak long dan tunang pergi ke kenduri kahwin kawan kami iaitu Rahaya..cantik dan segak sekali pasangan pengantin mengenakan busana berwarna merah jambu..kami mendoakan Rahaya dan Hussairi berbahagia dan berkekalan..Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat serta menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan..amin..

Rahaya & Hussairi
Bergambar kenangan bersama kawan2 sekolah

Monday 19 September 2011

Krim Kuruskan Pipi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Baru2 ni adik kak long mintak kak long cari kat internet ubat untuk kuruskan pipinya yang tembam tu..kak long pun cari punya cari, jumpa la satu produk ni iaitu beautico magic face slim kat laman web rasyniz


Kak long tunjuk produk ni kat adik kak long dan dia berminat nak beli..kak long pun order dan dah sampai pun produk tu ke tangan adik kak long..sekarang ni adik kak long tengah cuba produk ni..mudah-mudahan kurus la pipi adik kak long tu..


Sunday 18 September 2011

Karangan Terbaik

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan
 


Karangan terbaik ke ni???hehe,saje kak long nak bagi gempak..tak terbaik pun kan tapi mengaibkan lagi ada..memang pelajar ni sangat2 jujur dalam menceritakan perihal keluarganya..

Ngerinya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Hari ni kak long nak tunjuk satu video yang kak long dapat dari mak cik kak long..jom kita saksikan...


Ngeri kan..ikan piranha pun diorang ni boleh buat potong pokok bunga..bahaya tu..memang la tajam dan cepat ikan ni potong tapi bayangkan kalau ikan ni gigit tangan dia, tak ke kes naya namanya..tapi mungkin orang ni dah biasa dengan ikan piranha, jadi dia manfaatkanlah kelebihan gigi ikan ni untuk memudahkan tugas harian dia..hehe....

macam2 orang zaman sekarang ni..suka mencuba benda yang mencabar dan merbahaya kepada diri sendiri..kalau kak long la, jangan kata nak pegang, nak dekat dengan spesis ikan ni pun tak berani..

Saturday 17 September 2011

Surat Memohon Cuti

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua..

Bila baca tajuk entry kak long ni, mesti ada yang kata "la, surat memohon cuti pun nak kongsi ke kak long..kami dah tahu la..."

Ye, kak long tahu tapi kak long bukan nak ajar cara2 buat surat memohon cuti cuma kak long nak kongsi dengan semua tentang surat memohon cuti yang ditulis oleh seorang pelajar ni...Agak menghiburkan bila kak long baca..saje kak long nak share dengan kawan2..mungkin ada yang pernah baca...

klik pada gambar untuk besarkan

Bahaya Simpan Kasut Di Luar Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Hari ni kak long nak kongsi tentang bahaya kalau kita letak kasut kat luar rumah..

Mesti semua kata, "memang la kak long, kami simpan kasut dalam rumah, terutama kasut yang mahal, cantik dan paling sayang sebab takut kena curi..kalau setakat selipar jepun tu, kami tinggal kat luar rumah je la, kena curi pun tak pe, murah je"

Betul tu, kak long pun simpan kasut dalam rumah tapi ni kak long nak cerita tentang bahaya kalau kita biarkan je kasut bertutup kita macam kasut sport sukan, kasut sarung yang sesuai untuk gi interview dan kasut yang seumpama dengannya kat luar rumah..Bukan sebab takut kena curi tapi sebab melibatkan nyawa kita..

Kenapa tak boleh???

Sebabnye ada di bawah ni
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


penyamaran yang berjaya kan

tunggu masa je ular ni nak mematuk mangsanya

santai nampak

pandai ular ni menyelit ye

gelinye

tunggu sampai mangsa datang ye cik ular

Nasihat kak long kepada diri kak long sendiri dan semua, janganlah biarkan kasut anda di luar rumah ye sebab takut ada yang menumpang berteduh dan kita akan jadi mangsanya..Kalau dah terlupa dan tertinggal kasut tu di luar, tolonglah periksa dulu sebelum terus sarung sebab takut ada makhluk yang tak diundang singgah berehat..Bayangkan la bukan setakat ular yang berminat dengan kasut kita ni, katak, lipan, ulat bulu dan macam2 lagi la binatang berbisa yang suka tempat lembap seperti kasut ni...Mintak kita semua dijauhkan daripada kejadian yang tak diingini..

Beringat sebelum terkena...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...